Parti Islam

Membangun Bersama Islam

Friday, July 14, 2006

Kalaulah Ustaz Fadzil masih ada

Saya hanya mampu membayangkan bagaimana gigihnya Allahyarham Ustaz Fadzil Noor cuba menjadikan PAS sebagai sebuah parti yang boleh diterima semua, dengan, bersama-sama barisan pembangkang (BA) lainnya memperjuangkan demokrasi dan keadilan. Dan, beliau tidak pernah memberi muka kepada Tun Dr Mahathir Mohammad sehingga beliau datang ke Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) untuk berdebat dengan Mahathir.

Beliau menjadi ketua pembangkang, dan selepas tercetusnya Reformasi 1998, PAS menerima sokongan besar bukan sahaja di kalangan orang Melayu, tetapi juga Cina. Tidak pernah sokongan begitu hebat dalam sejerah PAS dan akhirnya PAS memiliki dua negeri strategik, iaitu Terengganu dan Kelantan.

Untuk pilihanraya akan datang merupakan penggal ke lima PAS cuba mempertahankan Kelantan, dan Umno adalah pembangkang di Kelantan. PAS adalah kerajaan. Mood dan sokongan rakyat kepada pembangkang di seluruh naik meningkat, begitu juga di Kelantan di mana Umno sebagai pembangkang mula mendapat sokongan luar biasa. Sebagai ahli PAS, kita wajib sedar hal ini.

Tetapi hari ini, semua yang diusahakan oleh Ustaz Fadzil musnah! PAS, melalui Husam Musa gigih untuk menjalin kerjasama dengan ‘Mahafiraun’. PAS kembali ke zaman yang tidak menentu, dan retorik “Islam” pun menjadi cakap politik murahan.

Langkah untuk berbaik dan bekerjasama dengan Mahathir akan menjadikan PAS Kelantan kalah dalam pilihanraya akan datang. Tidak ada bukti bahawa percaturan politik Husam berjaya. Beliau cuma pemimpin muda yang belum menyertai PAS ketika Mahathir menandatangani dan mengarahkan operasi membunuh Ustaz Ibrahim Libya dalam kes Memali. Husam tidak tahu bagaimana sukarnya membangunkan jentera parti di peringkat bawah. Husam bukan sebagai pemimpin akar umbi.

Husam hanya mencatur politik cara lama, berhubungan untuk menjadi hamba kepada semua orang Mahathir dan tergamak bekerjasama termasuk dengan kaki pembekal betina, Dato’ Andrew Leong, juga dengan kaki penipu, Megat Junid Megat Ayub. Husam kini tidak lebih hanya sebagai musuh dalam selimut.

Kalaulah Ustaz Fadzil masih ada, tentu PAS tidak jadi begini.

Allahuakhbar!

Wednesday, July 12, 2006

Husam peralat Nik Aziz untuk sembah 'Mahafiraun'

PAS KELANTAN TERSEPIT...... Nik Aziz restui 'cinta' Husam-Mahathir?

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sudahpun meminta secara rasmi untuk bertemu dengan bekas Perdana Menteri, Tun Mahafiruan apabila Tun membuat lawatan ke Kelantan 28 Julai ini.

Menurut sumber daripada Pejabat Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Aziz sangat berharap dapat bertemu Tun kerana PAS negeri Kelantan berada dalam nyawa-nyawa ikan, dan hanya tinggal lebih satu kerusi sahaja lagi memerintah Kelantan. Dalam keadaan terdesak ini, Tuan Guru juga sudah menyeluarkan fatwa yang umat Islam boleh berkerjasama dengan sesiapa sahaja, termasuk dengan syaitan demi menegakkan Islam, dan membolehkan PAS terus memerintah Kelantan.

Sumber juga memberitahu, Tun Mahathir sedang mempertimbangkan untuk bertemu dengan Tuan Guru untuk membantu menyerang Perdana Menteri, Abdullah Badawi. Ribut ini menjadi semakin jelas, dan orang kanan Tuan Guru, YB Dato' Haji Husam Musa juga sedang giat menggunakan pelbagai fraksi seperti Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) dan melalui Dato' Ibrahim Ali yang kini pasangan politik terkuat di Kelantan yang menggunakan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) untuk mereliasasikan program dengan Tun Mahathir di Kelantan.

Sebelum ini, PartiIslam mendedahkan bagaimana Husam menjalinkan kerjasama dengan seorang tauke betina, Dato' Andrew Leong dan mereka dilihat mengadakan pertemuan beberapa kali di Kuala Lumpur. Antaranya ialah Dato' Andrew pernah menjemput Husam di KLIA selain pernah berbincang di sebuah restoren mewah di Bangsar Shopping Centre (BSC), di pinggir Kuala Lumpur. Selain membekal betina, Dato' Andrew juga merupakan tauke judi dan terkenal sebagai penipu di kalangan peniaga di dalam negara. Sehingga hari ini, Husam terus mendiamkan diri dan tidak menafikan tentang hubungannya dengan Dato' Andrew.

Dato' Andrew juga merupakan budak suruhan kepada Megat Junid Megat Ayub, dan Husam dilaporkan akan terus berusaha untuk menobatkan Tun Dr Mahathir sebagai "tokoh pembangkang nombor 1 negara" sepertimana yang dicadangkan oleh Ketua Dewan pemuda, Salahuddin Ayup sekalipun sebelum ini ramai di kalangan pemimpin parti yang menyelar kezaliman Mahathir dan memanggilnya sebagai "Mahafiruan."

Allahuakhbar! Selamatkanlah PAS!

Friday, July 07, 2006

Tauke betina belakang Husam

PENDEDAHAN TERKINI... Sahkan komplot Husam-Mahathir

Naib Presiden PAS, YB Haji Husam Musa mempunyai hubungan langsung dengan seorang tauke judi yang terkenal, Dato’ Andrew Leong. Komplot berkenaan yang dianggap ”tidak bertentangan dengan Islam” sebelum ini antara lain adalah untuk mengatur siri ceramah dan road show Mahathir ke Kelantan dan seluruh negara. Tauke judi itu juga merupakan budak suruhan kepada Tan Sri Megat Junid Megat Ayub. Hubungan Andrew-Megat sudah cukup diketahui di kalangan peniaga-peniaga dalam negara.

Selain menjalankan perniagaan judi, Dato’ Andrew juga menjalankan urusan membekal betina kepada golongan elit dan orang tertentu selain dia terkenal sebagai seorang penipu.

Pada 4 Julai lalu, Dato’ Andrew dilihat telah mengambil Husam di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dengan sebuah kereta mewah, dan membawa Husam dengan kenderaan itu ke Kuala Lumpur. Mereka dipercayai berbincang beberapa perkara politik dan perniagaan di sepanjang perjalanan, terutama yang melibatkan kepentingan Dr Mahathir. Sejurus itu, Husam telah mengadakan pertemuan dengan dua orang kuat Dr Mahathir iaitu Ku Li dan Abdullah Kok Lanas di Hotel MiCasa, Kuala Lumpur.

Wednesday, July 05, 2006

PAS boleh bekerjasama dan terima 'Mahafiraun'

Oleh Mohd Rashidi Hassan

KUALA LUMPUR, 5 Julai - PAS bersedia memaafkan dan menerima bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan hanya perlu membuat beberapa pengakuan, lapor akhbar The Borneo Post dan Berita Harian edisi Sabah hari ini.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dipetik sebagai berkata, bahawa Dr Mahathir banyak melakukan kesalahan terutamanya terhadap parti-parti pembangkang dalam tempoh lebih 22 tahun menjadi Perdana Menteri, namun begitu beliau bersedia untuk memaafkan Mahathir.

"Kami sudah tentu memaafkan beliau," kata Ustaz Hadi dalam sidang akhbarnya di Kota Kinabalu dalam lawatan beliau ke Sabah.

Beliau diiringi oleh Pesuruhjaya PAS Sabah, Haji Muhamad Abdullah dan timbalannya, Ladim Abdul Rahman.

"Kita sedia memaafkan Dr Mahathir untuk kepentingan negara," katanya lagi.

Menyentuh mengenai pertelagahan antara Dr Mahathir dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, beliau mengakui PAS mendapat manfaat politik dari situasi yang berlaku.

Katanya, sebagai sebuah parti politik PAS wajib mengambil kesempatan daripada kemelut yang berlaku sekarang.

Menyentuh mengenai kehadiran wakil PAS ke majlis syarahan Mahathir di Taman Melawati 24 Jun lepas, Hadi menegaskan, PAS sedia bekerjasama dan menjalinkan hubungan dengan Mahathir kalau itu menguntungkan PAS.

Tuesday, July 04, 2006

1.45 Petang: komplot Husam-Mahathir pecah!

PEMBONGKARAN TERKINI... Husam sedang atur lawatan 'Mahafiraun' ke Kelantan

Hari ini, 4 Julai 2006 (Selasa) adalah hari yang cukup memalukan bagi PAS apabila komplot yang melibatkan Naib Presiden PAS, YB Haji Husam Musa pecah apabila beliau didapati mengadakan satu pertemuan sulit dengan dua orang kuat dan wakil Tun Dr Mahathir Mohammad iaitu Tan Sri Abdullah Ahmad (Abdullah Kok Lanas) dan Tengku Razaliegh Hamzah (Ku Li) di Hotel MiCasar, Kuala Lumpur.

Beberapa saksi yang ternampak pertemuan sulit ini kira-kira jam 1 petang tadi menyatakan bahawa Husam terus bergegas meninggalkan hotel itu apabila beliau tersedar akan kehadiran ‘orang yang tidak dikehendaki’. Bahkan saya difahamkan bahawa beberapa pemimpin tertinggi KeADILan juga ada ditempat kejadian dan ternampak pertemuan antara Husam dan wakil-wakil Mahathir itu kerana kebetulan mereka mempunyai program di sana. Husam, Abdullah Kok Lanas dan Ku Li segera meninggalkan hotel kira-kira jam 1.45 petang dan Husam dikatakan berada dalam keadaan rasa bersalah yang tidak dapat disorok lagi.

Antara lain, pertemuan tersebut dipercayai untuk memanjangkan hubungan antara PAS-Mahathir, selain mengatur lawatan rasmi Dr Mahathir ke Kelantan dalam masa terdekat ini. Mahathir juga dikatakan akan bertemu dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menjalankan hubungan dan mahu mendapatkan sokongan daripada PAS Kelantan.

Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, pertemuan beberapa pemimpin PAS dengan Dr Mahathir pada 24 Jun lalu (gambar sebelah) adalah diatur oleh Husam Musa dengan menggunakan beberapa rangkaian politiknya, termasuklah mengupah portal berita Malaysia-today dot net dan individu yang sebelum ini sudah rapat dengan Husam seperti Ibrahim Ali dan Megat Junid Megat Ayud. Sekalipun pertemuan tersebut adalah kononnya diatur dan melibatkan hanya Badan Bukan Kerajaan (NGO) tetapi maklumat yang diperolehi menunjukkan bahawa Husam jelas adalah player maker di belakang program tersebut.

Kepada teman-teman dalam PAS, di mana hendak kita sorokkan muka kita ini kerana tidak lama lagi maklumat ini akan pecah dan akan mula dimainkan oleh semua media arus perdana? Kerana itu, kejujuran politik nampak lebih penting dan asas berbanding hanya strategi politik yang cetek dan dangkal.

Sebagai ahli yang berpegang teguh kepada jalan perjuangan Islam, saya akan membuat pendedahan dari masa ke semasa walaupun yang melibatkan pemimpin tertinggi PAS sekalipun! Selepas ini PAS seperti biasa akan menyatakan bahawa kerjasama dengan Mahathir adalah tidak bertentangan dengan Islam. Ya, Allah!